My Add

Tuesday 10 June 2014

5,000 dijangka mendaftar di bawah sistem GST

KOTA BHARU, selasa 10 Jun, 2014: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjangkakan lebih 5,000 peniaga mendaftar di bawah sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara sukarela sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, sehingga kini seramai 420 peniaga telah mendaftar sejak ia mula dibuka pada awal Jun ini.

``Kita menggalakkan peniaga-peniaga yang mencapai jualan tahunan melebihi RM500,000 supaya mendaftar lebih awal sebelum tiba tarikh wajib iaitu pada 1 Januari tahun depan.

``Peniaga yang gagal mendaftar sehingga sistem GST berkuat kuasa 1 April 2015 akan berdepan dengan tindakan undang-undang," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment