My Add

Friday 6 June 2014

55 pekerja warga asing ditahan di restoran nasi kandar terkenal

BUTTERWORTH, KHamis 06 Jun, 2014: Sebanyak 55 pekerja warga asing sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul, Bayan Lepas di sebelah pulau, ditahan oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Penguatkuasanya Basri Othman berkata, mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 9 malam itu ialah 35 warga India, Nepal (18) dan dua Sri Lanka berusia antara 20 dan 45 tahun.

"Ketika pemeriksaan dijalankan kebanyakan mereka sedang bekerja di restoran berkenaan dan ada yang sedang berehat di asrama yang terdapat di tingkat atas premis perniagaan itu," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua warga asing terbabit didapati tiada dokumen perjalanan diri dan premit kerja.

Katanya pemilik restoran berkenaan telah dipanggil, tetapi hanya wakil yang hadir dan memaklumkan majikannya berada di luar negara atas urusan peribadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment