My Add

Friday 6 June 2014

ADUN Luyang sertai MCA

KUALA LUMPUR, JUMAAT 06 Jun, 2014: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Dr Hiew King Chew yang bertindak keluar daripada DAP September lepas, mengumumkan bahawa beliau kini menyertai MCA.

Bekas penasihat DAP Sabah itu berkata, beliau baru sahaja menyerahkan borang keanggotaannya kepada Ketua MCA Sabah Wilson Yong dengan disaksikan presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai tengah hari tadi.

"Saya memilih MCA kerana ia merupakan parti yang mempertahan kedudukan kaum Cina dan pada masa sama turut berkhidmat kepada semua kaum," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah dijemput oleh beberapa pemimpin MCA di Sabah untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment