My Add

Thursday 12 June 2014

Ahli PKR dicabar lapor kepada ROS

KUALA LUMPUR, RABU 11 Jun, 2014: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika masih terdapat unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian selepas keputusan penuh pemilihan parti diumumkan sebelum Ramadan ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Bharu, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, pertikaian yang dibangkitkan oleh ahli PKR terhadap pemilihan parti itu tidak boleh disenyapkan begitu sahaja oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"ROS boleh mengisytiharkan pemilihan PKR tidak sah jika terdapat sebarang aduan daripada ahlinya sendiri seperti yang berlaku dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

"Jadi, saya mencabar ahli PKR yang benar-benar memperjuangkan keadilan dan mahukan ketelusan, mereka perlu laporkan perkara ini kepada ROS berkaitan ketidaktelusan dalam JPP jika masih berlaku pelbagai dakwaan selepas pengumuman keputusan rasmi pemilihan itu nanti," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebanyak 35 cabang PKR mengadakan pemilihan semula selepas JPP membatalkan proses itu atas alasan wujud elemen mensabotaj parti seperti merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan.

Pemilihan semula di sesetengah cabang bagaimanapun berlangsung dalam suasana kecoh seperti di Sungai Petani apabila salah seorang calon meminta proses pemilihan yang berlangsung pada 1 Jun lalu dibatalkan.

Calon Ketua AMK cabang Sungai Petani, Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu kerana JPP tidak memaklumkan status kelayakan untuk dibenarkan bertanding semula walaupun sebelum ini dikatakan sebaliknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment