My Add

Thursday 5 June 2014

Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir

 *SEJUMLAH penyokong Al-Sisi berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir kelmarin.
KAHERAH, RABU 04 Jun, 2014: Bekas Panglima Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi (gambar kecil) memenangi pilihan raya Presiden negara itu dengan meraih 96.9 peratus undi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya kelmarin.

Pilihan raya itu berlangsung pada minggu lalu iaitu hampir setahun selepas beliau mengetuai rampasan kuasa ke atas Mohamed Morsi.Proses pengundian telah dilanjutkan tiga hari ekoran terdapat kebimbangan jumlah yang keluar mengundi dijangka rendah selain terdapat tindakan memboikot oleh kumpulan- kumpulan Islam.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Anwar Ra- shad al-Asi semasa meng- umumkan keputusan itu berkata, sebanyak 47.45 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Presiden baharu.

Anwar menyatakan, Al- Sisi memperoleh undi sebanyak 23.78 juta undi.

Dalam pada itu, pencabar tunggal Al-Sisi, Hamdeen Sabbahi hanya mendapat tiga peratus undi.

Di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Al-Sisi.

Namun pada masa sama, Obama menggesa beliau (Al-Sisi) supaya melaksanakan pembaharuan dalam isu- isu hak kemanusiaan.

"Obama akan menghubungi bekas ketua tentera itu dalam beberapa hari lagi," menurut White House dalam satu kenyataan.

"Washington menaruh harapan untuk menjalin hubungan baik dengan Al-Sisi bagi membentuk kerjasama strategik," tambah kenyataan itu.

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang menentang Morsi dalam reaksinya selepas keputusan itu meminta para penderma supaya membantu Mesir.

Mesir dalam pada itu mejemput Presiden Iran, Hassan Rouhani untuk hadir menghadiri majlis perasmian pelantikan Al-Sisi. - Agensi/KOSMO!

No comments:

Post a Comment