My Add

Saturday 7 June 2014

Amuk atas kapal, seorang maut dan seorang parah

 * AH Kok yang cedera parah dibawa ke Hospital Umum Miri, Sarawak, semalam
MIRI, JUMAAT 06 Jun, 2014: Seorang anak kapal maut manakala tekongnya cedera setelah diserang dengan parang oleh seorang rakan mereka yang tiba-tiba mengamuk ketika berada kira-kira 27 kilometer dari perairan Miri/Tukau, hari ini,

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, suspek dikenali sebagai Pudin, 30-an, seorang warganegara Indonesia, bertindak menyerang rakannya warga tempatan dikenali Jarup, 20-an, yang berketurunan Iban.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, berikutan itu, mangsa yang sedang membaiki jala meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, selepas itu, suspek menyerang tekong kapal pula dikenali sebagai Ah Kok, 40-an yang berbangsa Melanau, semasa lelaki terbabit sedang memasak.

"Ah Kok mengalami kecederaan parah di seluruh badan. Ketika bergelut, suspek terjatuh ke dalam laut. Mereka kemudian pulang ke Miri dan menghubungi majikan.

"Mangsa yang cedera dan mayat dihantar ke Hospital Umum Miri. Dua orang anak kapal lain telah ditahan untuk membantu siasatan, namun seorang lagi yang merupakan warga Filipina melarikan diri dengan terjun ke laut kerana tiada dokumen pengenalan," ujarnya di sini hari ini.

Kata beliau, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Polis Marin telah dimaklumkan serta pergi ke lokasi kejadian untuk mencari suspek. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment