My Add

Friday 6 June 2014

Anwar gagal beri keadilan ahli akar umbi PKR

BUTTERWORTH, KHAMIS 05 Jun, 2014: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa gagal memberi keadilan kepada ahli akar umbi apabila bantahan yang dikemukakan oleh calon bertanding dalam pemilihan parti berkenaan barubaru ini tidak diselesaikan secara baik malah meragukan.

Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu yang tidak akan mengadakan pemilihan semula bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani walaupun dibantah oleh calon menunjukkan parti itu tidak mendengar suara akar umbi.

"Anwar selaku pemimpin berpengaruh dalam parti berkenaan seharusnya mampu menghentikan kekecohan yang berlaku selain beberapa keputusan yang diputuskan JPP begitu meragukan.

"PKR sudah 15 tahun ditubuhkan dan sepatutnya sudah matang menghadapi proses pemilihan tetapi malangnya mereka gagal untuk laksanakan dengan baik. Kekecohan yang berlaku ketika pemilihan pada 2010 berulang lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Aminah mengulas keputusan JPP PKR yang tidak akan mengadakan pemilihan semula bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani yang kecoh apabila seorang calon bertanding meminta proses pemilihan yang berlaku pada Ahad lalu dibatalkan.

Calon tersebut, Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatan itu kerana JPP tidak memaklumkan status kelayakannya yang dibenarkan bertanding semula walaupun sebelum ini dikatakan sebaliknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment