My Add

Saturday 7 June 2014

Arab Saudi larang dekati unta

JEDDAH, SABTU 07 Jun, 2014: Pihak berkuasa di Arab Saudi memberi amaran kepada para pelancong dan penduduk tempatan agar menjauhkan diri dari berada dekat dengan unta kerana haiwan itu disyaki menjadi punca merebaknya wabak sindrom pernafasan korona virus Asia Barat (MERS-CoV).

Kementerian Kesihatan Arab Saudi, mengeluarkan amaran itu sebagai langkah pencegahan bagi umat Islam yang baru tiba di kota suci Mekah untuk menunaikan umrah selain cenderung untuk mendekati haiwan padang pasir tersebut untuk bergambar bersama.

Katanya lagi, kementerian turut melarang orang ramai untuk bersentuhan, memakan daging dan meminum susu unta sebagai langkah berjaga-jaga. Malah pihak kementerian turut merancang untuk melakukan ujian sampel darah dan mengambil lendir semua unta domestik untuk mengesan Mers-Cov. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment