My Add

Wednesday 11 June 2014

Badan Warisan anjur wayang kulit 'Star Wars' Sabtu dan Ahad ini

 * Interaktif wayang kulit Star Wars yang bakal dipertontonkan kepada pengunjung Sabtu dan Ahad ini oleh Badan Warisan di Kuala Lumpur. - GAMBAR IHSAN DAM Interactive
KUALA LUMPUR, RABU  11 Jun, 2014: Badan Warisan Malaysia (Badan Warisan), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memulihara dan mempromosi warisan Malaysia akan menganjurkan Makmal Warisan pada Sabtu dan Ahad ini bertujuan membolehkan pengunjung menjelajah makmal visual yang akan diadakan.

Badan Warisan dalam kenyataan di sini hari ini berkata, Makmal Warisan yang menggabungkan cara lama dan baru itu akan cuba mementaskan wayang kulit Star Wars selain wayang kulit Hikayat Sang kancil dan imej 3D pembuatan bot secara tradisional di Terengganu.

Menurut kenyataan itu, makmal yang akan bermula pada pukul 10 pagi itu akan menganjurkan pelbagai bengkel, demonstrasi dan bicara selain makmal visual yang akan memberi peluang lebih luas kepada pengunjung.

"Malah, artis seni dan warisan, pereka bentuk serta profesional yang kami jemput kelak akan cuba menggabungkan elemen lama dan baharu dalam eksperimen mereka melalui karya imej digital di Rumah Penghulu Abu Seman," katanya.

Tambah kenyataan itu, mereka yang berminat untuk menyertai atau menaja makmal yang menampilkan acara menarik itu boleh hadir ke Badan Warisan di No. 2 Jalan Stonor, Kuala Lumpur atau menghubungi sekretariat di 03-21449273 (Swee Peng/Jee) atau e-mel kulball@badanwarisan.org.my. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment