My Add

Friday 6 June 2014

Bawang Malaysia diseludup

Oleh Saharuddin Mustahfa

 * SEORANG pegawai kastam menunjukkan sebahagian daripada berpuluhpuluh tan bawang merah dari Malaysia yang diseludup ke Sumatera Utara, barubaru ini. - AGENSI
JAKARTA, KHAMIS 05 Jun, 2014: Aktiviti penyeludupan barangan keperluan asas dari Malaysia khususnya ke Sumatera Utara semakin meningkat sejak kebelakangan ini berikutan ketibaan bulan Ramadan yang dijangka disambut umat Islam pada penghujung bulan ini.

Jabatan Kastam di Sumatera Utara mendedahkan, antara barangan keperluan asas yang paling tinggi dibawa masuk secara haram ke wilayah itu ialah daging, gula dan bawang merah.

Menurut Ketua Jabatan Kastam Sumatera Utara, Harry Mulya, peningkatan kegiatan penyeludupan barangan itu berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pengguna, sementara bekalan pula sangat terbatas di pasaran tempatan.

Katanya, secara umumnya, barangan asas makanan itu dibawa masuk secara haram dari Malaysia.

"Masalah ini (penyeludupan) berlaku hampir setiap tahun," kata Harry kepada akhbar The Jakarta Post.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tegas beliau, sentiasa berusaha mematahkan kegiatan penyeludupan itu termasuk dua cubaan membawa masuk bawang merah dari Malaysia pada bulan lalu.

"Bekalan bawang merah di Medan sangat menurun pada masa ini. Ini yang menyebabkan pembekal membawa masuk secara haram dari luar negara," katanya lagi.

Keduadua kegiatan penyeludupan bawang merah itu berjaya dipatahkan oleh pihak kastam di perairan Tanjung Jumpul, Asahan pada 3 Mei lalu dan dari Tanjung Siapiapi, Asahan pada 30 Mei lalu.

Botbot yang membawa barangan tersebut memasuki perairan Indonesia sebaikbaik berlepas dari Klang, Malaysia.

Pegawaipegawai penguatkuasa kastam turut menyita 48 tan bawang merah dalam keduadua cubaan penyeludupan itu, sementara 11 anak kapal dan kapten ditahan.

Sementara itu, peniagapeniaga di pasar tradisional di Medan mengakui, mereka kehabisan bekalan bawang merah menjelang ketibaan bulan Ramadan.

Harga bawang merah juga dilaporkan naik daripada 20,000 rupiah (RM5.44) sekilogram kepada 26,000 rupiah (RM7) sekilogram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment