My Add

Friday 6 June 2014

Bekalan tepung dan minyak masak paket ditambah

ALOR SETAR, JUMAAT 06 Jun, 2014: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengarahkan pengilang untuk meningkatkan pengeluaran tepung gandum dan minyak masak paket antara tujuh hingga 10 peratus bagi menampung permintaan yang tinggi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, satu perjumpaan antara pihak pengeluar dengan kementerian juga akan diadakan bagi mendapatkan komitmen mereka untuk memastikan tepung gandum dan minyak masak paket mencukupi.

"Kementerian juga telah mengambil langkah awal dengan mengarahkan pemborong menghantar bekalan kepada kedai-kedai kecil di seluruh negara walaupun pesanan mereka sedikit berbanding pasar raya besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah di Maktab Mahmud di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment