My Add

Thursday 12 June 2014

Bot bawa pencari suaka Bangladesh ditahan selepas diserang

DHAKA, KHAMIS 12 Jun, 2014: Pengawal Pantai Bangladesh berjaya menahan sebuah bot yang dipenuhi 300 orang penumpang di Teluk Bengal semalam, dipercayai dalam perjalanan menuju ke Malaysia.

Komander Pengawal Pantai, Shahidul Islam berkata, pihaknya bertindak menunda bot berkenaan berhampiran Pulau Saint Martin dan hasil pemeriksaan berjaya menemui empat mayat di dalamnya.

"Enjin bot berkenaan rosak dipercayai selepas berlakunya pertempuran dengan kapal yang dimiliki oleh Myanmar. Dalam serangan itu enam orang terkorban," kata seorang pengawal pantai, Harun. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment