My Add

Thursday 5 June 2014

Buang mayat bayi ke dalam gaung : Polis tahan ejen pekerja asing

SHAH ALAM, RABU 04 Jun, 2014: Polis menahan seorang ejen membekalkan pekerja asing dan isterinya untuk membantu siasatan berhubung aduan seorang pembantu rumah yang kehilangan bayinya akhir bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Ruslan Abdullah berkata, kedua-dua suspek ditahan di Shah Alam semalam setelah ibu mangsa yang merupakan seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 33 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan bayinya itu.

Penahanan suspek terbabit dan isterinya telah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia enam bulan dalam keadaan kembung dan berulat di sebuah gaung berdekatan Genting Highlands 11 pagi hari ini, katanya kepada Bernama.

Katanya, ibu bayi berkenaan yang tidak mempunyai permit kerja mendakwa ejen terbabit yang juga majikannya telah membawa bayinya kononnya untuk diberikan kepada seorang rakannya.

Ruslan berkata suspek turut mengaku bertindak membungkus mayat bayi itu dengan beg plastik dan memasukkannya ke dalam sebuah beg pakaian sebelum membuangnya ke dalam gaung di lokasi ia ditemui. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment