My Add

Thursday 5 June 2014

Dijel curi duit majikan

KUALA LUMPUR, KHAMIS 05 Jun, 2014: Gara-gara mencuri wang RM380 milik majikan, seorang bekas pekerja kedai burger dihukum penjara seminggu dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman tersebut selepas Abu Huzaifah Mohd. Aris, 19, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di antara pukul 9.30 pagi dan 10 pagi, 22 Februari lalu ketika bekerja di Smashess Burger di Jalan Genting Klang, Sentul di sini.

Dia yang kini tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dihukum penjara satu bulan.- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment