My Add

Saturday 7 June 2014

Ditahan serah dadah kepada OKT
KLANG, JUMAAT 06 Jun, 2014: Gara-gara berani tidak bertempat, seorang lelaki ditahan ketika menyerahkan satu begplastik berisi dadah kepada seorang orang kena tuduh (OKT) ketika rakannya itu sedang diiringi oleh anggota polis di Mahkamah Seksyen Jenayah, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, suspek berumur 25 tahun menghampiri tertuduh yang diiringi anggota polis untuk ke lokap sementara di mahkamah tersebut.

Sebaik sahaja menghampiri OKT, suspek segera menyerahkan beg berwarna putih itu namun perbuatannya disedari oleh anggota polis yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, anggota polis terbabit kemudian merampas beg plastik itu dan hasil pemeriksaan menemukan 37 kapsul ganja seberat 160 gram.

"Suspek ditahan di tempat kejadian untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya yang memberitahu, suspek berasal dari Raub, Pahang dan kini direman selama tujuh hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment