My Add

Friday 6 June 2014

Doa selamat Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong

 * TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah, diiringi Najib Tun Razak, berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong XIV di Masjid Negara, Kuala Lumpur malam tadi. Turut hadir (depan, dari kanan) Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Hishammuddin Tun Hussein dan Raja Kechil Besar Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Afifullah Shah serta Jamil Khir Baharom (depan, dua dari kiri). - BERNAMA
KUALA LUMPUR, KHAMIS 05 Jun, 2014: Yang diPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Hari Keputeraan baginda di Masjid Negara di sini malam ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada pukul 7.10 malam itu disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Majlis bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad diadakan selepas solat Maghrib.

Majlis itu turut dihadiri kirakira 4,000 umat Islam.

Tuanku Abdul Halim, 86, yang dilantik buat kali kedua sebagai Yang diPertuan Agong, ditabalkan pada 11 April 2012. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment