My Add

Friday, 6 June 2014

Dua pekerja kem balak maut

TENOM, KHAMIS 05 Jun, 2014: Dua pekerja kem balak rak­yat asing maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah semasa me­lakukan pemantauan kerjakerja pembalakan berhampiran Kem Makmuran Ulu Tomani, kirakira 100 kilometer dari sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian kirakira pukul 3 petang itu ialah Aliman Juvie De Jesus, 21, dan Yande Jugadora, 24, dan mayat keduaduanya berjaya dikeluarkan oleh rakan sekerja antara pukul 8 malam dan 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohamad Firdaus @ Francis Abdullah berkata, mayat keduadua mangsa dibawa ke Hospital Tenom pada pukul 6.30 pagi ini oleh rakanrakan sekerja mereka.

"Di tempat kejadian tidak mempunyai sebarang talian perhubungan dan jarak tempat kejadian ke pekan berhampiran juga jauh," katanya di sini hari ini.

Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati tiada unsurunsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment