My Add

Tuesday 10 June 2014

ECERDC ditagih sedia lebih banyak latihan untuk kaum Cina

JERANTUT, SELASA 10 Jun, 2014: Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) diminta membantu kerajaan negeri menyediakan prasarana, latihan akademik dan keusahawanan untuk penduduk kaum Tionghua yang berpendapatan rendah di negeri ini selaras dengan konsep 1Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, bantuan ECERDC antara mekanisme yang tepat bagi menjana pertumbuhan baharu di kawasan petempatan kaum Tionghua luar bandar.

"Gabungan perancangan pembangunan antara ECERDC dan kerajaan negeri sudah tentu membuahkan hasil optimum, iaitu pertumbuhan bandar baru yang akan memberi peluang kepada kaum Tionghua dan penduduk setempat untuk menjana ekonomi," katanya kepada pemberita selepas menutup Kempen Kesedaran Empower Jerantut di sini yang disertai kira-kira 100 penduduk keturunan Tionghua.

Lee berkata, banyak penduduk berketurunan Tionghua terutama belia lepasan sekolah menengah di kampung baharu pinggir bandar memerlukan latihan dalam bidang automotif, pertanian dan pemprosesan makanan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment