My Add

Thursday, 5 June 2014

Enam kampung di Kampar dilanda banjir

KAMPAR, KAMIS 05 Jun, 2014: Hujan lebat selama hampir empat jam menyebabkan 79 buah rumah di enam kampung di sini dilanda banjir sejak petang semalam.

Kampung yang terlibat adalah Kampung Sahom, Kampung Sungai Salu, Kampung Malaya, Kampung Nyior, Kampung Pisang dan Kampung Baru Kuala Dipang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd. Yamin Naib berkata, air yang naik secara mendadak menyebabkan 170 orang penduduk terpaksa dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment