My Add

Saturday, 7 June 2014

Gadis pakai ala tentera pujuk hati rakyat Thailand

BANGKOK, SABTU 07 Jun, 2014: Beberapa wanita cantik telah diarahkan junta tentera Thailand untuk memakai pakaian ala tentera yang menarik dan meminta mereka menyanyi, menari dan tabik kepada orang ramai bagi memenangi hati dan minda rakyat ekoran rampasan kuasa yang mencetus kontroversi sebelum ini.

Beberapa anggota tentera wanita Thailand turut dilihat menyanyi bersama di belakang trak tentera di jalan-jalan utama Bangkok.

Inisiatif yang dilakukan ini termasuk menganjurkan beberapa parti jalanan dengan menyediakan makanan dan muzik percuma, yang mana merupakan sebahagian daripada kempen perhubungan awam oleh pemerintah baharu negara Asia Tenggara itu berikutan penggulingan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bulan lepas. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment