My Add

Thursday 5 June 2014

Gerakan serah kepada Najib kedudukan Siew Keong

IPOH, KHAMIS 05 Jun, 2014: Parti Gerakan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan portfolio yang sewajarnya disandang oleh Presiden mereka, Datuk Mah Siew Keong dalam rombakan Kabinet tidak lama lagi.

Ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, parti itu yakin dengan kebijaksanaan Perdana Menteri untuk meletakkan Siew Keong pada kedudukan sebaiknya dalam barisan Kabinet beliau kelak.

"Kami letakkan kepercayaan serta budi bicara sepenuhnya kepada Perdana Menteri. Kami yakin dengan kebijaksanaan beliau yang lebih arif mengenai jawatan yang sesuai dengan Presiden kami," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai penganjuran Larian Anti Rasuah di Wisma Gerakan di sini hari ini.

Perdana Menteri dalam rangka lawatannya ke China baru-baru ini mengumumkan bahawa Siew Keong bakal dilantik Menteri sekiranya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.

Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dengan majoriti 238 undi sekali gus merampas kerusi Teluk Intan yang diduduki DAP selama dua penggal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment