My Add

Tuesday 10 June 2014

GLC perlu fokus pasaran luar

 
KUALA LUMPUR, ISNIN 09 Jun, 2014: Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) digesa memperluaskan pasaran mereka ke luar negara, dalam usaha meningkatkan angka perdagangan bersih negara yang ketika agak kecil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, berdasarkan kedudukan sekarang GLC-GLC tempatan lebih menumpukan pasaran domestik, sedangkan mereka sepatutnya perlu memberi fokus kepada pasaran asing.

Beliau memberi contoh seperti syarikat-syarikat gergasi Korea Selatan yang kini menjadikan pasaran asing sebagai keutamaan, dan sebaliknya hanya meletakkan pasaran domestik sebagai permulaan sahaja.

"Mereka (GLC) perlu ke luar negara, bagi membolehkan pasaran domestik menjadi ruang kepada syarikat-syarikat berskala kecil untuk berkembang," katanya semasa sesi dialog persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menyuarakan kebimbangannya tentang kedudukan Malaysia selepas tahun 2020.

Idris berkata, penumpuan kepada pasaran dan pelaburan domestik menyebabkan rekod perdagangan bersih negara masih kecil dan perlu ditingkatkan.

"GLC berperanan penting untuk tujuan tersebut. Malaysia mungkin akan mencapai semua sasaran untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi apa yang akan berlaku selepas 2020 sedikit merisaukan saya.

"Untuk kekal sebagai negara berpendapatan tinggi, perdagangan bersih mestilah tinggi," katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment