My Add

Friday, 6 June 2014

Gobind celupar, tidak masuk akal

BUTTERWORTH, KHAMIS 05 Jun, 2014: Analisis Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Gobind Singh Deo yang mengaitkan pendirian Pas mahu melaksanakan hudud di Kelantan sebagai punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai tidak masuk akal, celupar dan berniat jahat.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, kekalahan DAP tidak ada kenamengena dengan hukum Allah yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan, sebaliknya berpunca daripada sikap calon mereka sendiri, Dyana Sof­ya Mohd. Daud yang begitu lantang menolak hudud ketika berkempen.

"Kenyataan Gobind berniat jahat dan celupar kerana mahu mengaitkan hukum agama lain sebagai punca kekalahan mereka sedangkan dari awal lagi, calon mereka sendiri yang bangkitkan perkara berkenaan. Itu telah menimbulkan kemarahan pengundi di sana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong dilaporkan sebagai berkata, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment