My Add

Wednesday 11 June 2014

Hanya 21 suspek rogol dua gadis di Ketereh

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
 
 Jalaluddin
KOTA BHARU, SELASA 10 Jun, 2014: Polis Kelantan mengesahkan 21 lelaki yang terlibat dalam kes rogol membabitkan dua remaja bawah umur di Ketereh di sini baru-baru ini dan bukannya 38 orang seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, pihaknya telah menahan 14 suspek lelaki yang berusia di antara 15 sehingga 38 tahun dalam beberapa serbuan sebelum ini.

Beliau berkata, pihak polis juga sedang mengesan tujuh lagi suspek berusia dalam lingkungan 20-an yang masih bebas.

"Siasatan ke atas mangsa pertama berusia 15 tahun menyatakan dia telah dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan di sebuah rumah suspek yang dikenali sebagai Fadil yang masih bebas di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini.

"Kejadian melibatkan 13 orang suspek di tempat pertama dan lapan orang suspek di tempat kedua.

"Siasatan ke atas mangsa kedua berusia 17 tahun menyatakan dia turut dirogol bersama mangsa pertama di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada 26 Mei lalu, dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun membuat laporan polis mendakwa telah dirogol bergilir-gilir di sebuah rumah di kawasan Ketereh di sini.

Mangsa pertama mendakwa menjadi mangsa 'kenduri seks' 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini.

Jalaluddin berkata, siasatan polis berhubung kes tersebut telah selesai dan tindakan memburu suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

"Kes ini telah dirujuk ke Ketua Unit Pendakwaan Negeri Kelantan dan bersetuju supaya pertuduhan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Undang-undang yang sama dikenakan ke atas empat orang suspek.

"Daripada hasil siasatan, pihak polis menafikan mangsa telah dirogol oleh 38 lelaki seperti yang didakwa dalam laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa.

"Walau bagaimanapun dipercayai mangsa telah dirogol oleh orang sama berulang kali," katanya.

Difahamkan empat suspek tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment