My Add

Friday 6 June 2014

Henti spekulasi keputusan Jakim

SUNGAI SIPUT, KHAMIS 05 Jun, 2014: Kerajaan negeri menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian mengenai keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung status halal coklat Cadbury.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria berkata, Jakim membuat ujian ke atas coklat berkenaan berdasarkan piawaian serta standard yang sewajarnya.

Katanya, orang ramai seharusnya berpegang kepada keputusan yang telah dibuat oleh Jakim dan tidak mempermain atau mempersendakannya kerana jabatan itu bertanggungjawab memantau status halal produk di negara ini.

"Jakim mempunyai standard serta piawaianpiawaian tertentu yang sepatutnya diyakini. Saya berharap masyarakat janganlah membuat atau menimbulkan persepsi dan andaiandaian yang tidak sepatutnya berhubung keputusan halal haram produk coklat Cadbury seperti yang telah dimaklumkan Jakim.

"Akibat daripada andaian yang dibuat itu, boleh berlaku salah faham sehingga menimbulkan pertelagahan kerana ini merupakan isu sensitif, membabitkan banyak pihak," katanya selepas menyempurnakan majlis Pelancaran Kolaborasi Strategik Islam Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Wilayah Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Kolej Komuniti Sungai Siput, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment