My Add

Tuesday 10 June 2014

Imam Besar Masjid Negeri Selangor meninggal

Ahmad Mustafa
SHAH ALAM, ISNIN 09 Jun, 2014: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd. Sidin Al-Muqri, 40, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam ini.

Allahyarham yang dimasukkan di Unit Rawatan Koronari, IJN pada 4 Jun lalu, meninggal dunia pada pukul 9.07 malam ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada malam ini untuk dimandi dan dikafankan.

Allahyarham dijangka dikebumikan esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment