My Add

Wednesday 11 June 2014

Imam Turki dibenar bermain muzik rock

ISTANBUL, RABU 11 Jun Seorang imam di Turki dibenarkan untuk meneruskan kegiatannya bermain dalam sebuah kumpulan muzik selepas pihak berkuasa agama tempatan memutuskan hobinya itu tidak menyalahi Islam serta tidak mengganggu tugasnya di masjid.

Imam berkenaan, Ahmed Muhsin Tuzer yang merupakan ketua agama di sebuah perkampungan kecil, disoal siasat oleh badan yang bertanggungjawab terhadap masjid berhubung kegiatannya dalam kumpulan muzik, Firock.

Badan berkenaan membenarkan Ahmed Muhsin bermain dalam kumpulan muzik itu yang menggabungkan elemen rock dan lagu Sufi, dan dia hanya diberi nasihat ekoran kritikannya terhadap siasatan yang dikenakan itu. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment