My Add

Thursday 5 June 2014

Isteri suspek campak bayi bebas - Polis

KLANG, KHAMIS 05 Jun, 2014: Isteri kepada suspek kes bunuh seorang bayi berusia enam bulan yang dicampakkan ke gaung di sebatang jalan menuju ke Genting Highlands minggu lalu, dibebaskan dengan ikat jamin semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang asas yang boleh mengaitkan isteri suspek secara langsung dengan kes tersebut.

Katanya, pihak polis juga masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui sama ada bayi itu didera sebelum dibunuh.

"Siasatan awal mendapati bayi itu telah meninggal dunia sebelum dicampak ke gaung tetapi kami masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengesahkannya dan berharap dapat memberi petunjuk.

"Buat masa ini, sebarang tangkapan baharu juga tiada dilakukan tetapi polis sedang berusaha mengesan baki kira-kira 16 lagi pekerja asing di bawah jagaan suspek untuk membantu siasatan," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment