My Add

Tuesday 10 June 2014

Jajaran projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dinilai semula
KUALA LUMPUR, SELASA 10 Jun, 2014: Jajaran bagi projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang menghubungkan Taiping, Perak ke Banting, Selangor akan dinilai semula.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, penilaian semula itu melibatkan jajaran dari Sabak Bernam, Tanjong Karang dan Sungai Besar di Selangor dan dilakukan setelah mengambil kira pandangan penduduk setempat.

"Kita dah muktamadkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi semalam untuk nilai semula jajaran di Selangor itu.

"Berikutan itu, pasukan kerja akan balik ke ’drawing block’ untuk tetapkan apakah jajaran yang dapat memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Edisi ke-5 Pameran Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik ASEAN 2014 di sini hari ini.

Di Perak, projek itu melibatkan beberapa kawasan, antaranya Hutan Melintang, Bagan Datoh, Teluk Intan, Lekir, Sitiawan, Parit dan Trong. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment