My Add

Tuesday, 10 June 2014

Jenazah Imam Besar Masjid Negeri Selangor disembahyangkan

SHAH ALAM, SELASA 10 Jun, 2014: Kira-kira 5,000 orang jemaah menyempurnakan solat jenazah Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa Mohd. Sidin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada pukul 9.30 pagi ini.

Solat jenazah dipimpin oleh bekas Imam Besar Masjid Negeri, Othman Hamzah.

Jenazah imam itu kemudiannya dibawa pulang ke kampung halamannya di Hulu Selangor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batang, Batang Kali.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 9.07 malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment