My Add

Wednesday 11 June 2014

Junta Thailand mansuhkan perintah berkurung di 20 wilayah

BANGKOK, RABU 11 Jun, 2014: Junta tentera Thailand memansuhkan perintah berkurung lewat malam di lebih 20 wilayah, tetapi perintah itu kekal di Bangkok dan 50 wilayah lain.

Pengumuman itu dikeluarkan semalam bagi memudahkan rutin harian orang ramai dan disebabkan keadaan wilayah-wilayah tersebut aman.

Perintah berkurung itu juga telah dikurangkan dari tujuh jam ke empat jam, selain perintah itu dimansuhkan di beberapa wilayah yang terkenal dengan kedatangan pelancong luar.

Kerajaan tentera Thailand mengeluarkan perintah berkurung di kesemua 77 wilayah pada 22 Mei lalu selepas rampasan kuasa tentera dilaksanakan ke atas kerajaan bagi mengembalikan keamanan daripada konflik politik negara ini. - AP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment