My Add

Tuesday 10 June 2014

KADA peruntuk RM2j bantu petani miskin di Kelantan

BACHOK, SELASA 10 Jun, 2014: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) memperuntuk RM2 juta untuk membantu 200 petani miskin keluar daripada garis kemiskinan tegar melalui projek Azam Tani pada tahun ini.

Pengarah Bahagian Industri Kada, Wan Ahmad Wan Jusoh berkata, petani miskin itu dari Jajahan Pasir Puteh, Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas dan Tumpat.

"Petani terbabit akan diberi bantuan peralatan seperti mesin membuat kuih, mesin memproses santan kelapa dan motosikal roda tiga untuk mereka menjalankan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kursus Motivasi Dasar-dasar Kerajaan dan Pengurusan Kewangan kepada peserta Azam Tani Kada 2014 di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata, dalam tempoh tiga tahun lepas, Kada memperuntuk kira-kira RM9 juta untuk membantu 1,000 petani miskin di lima jajahan berkenaan.

Katanya 70 peratus daripada jumlah petani yang terpilih itu telah berjaya keluar daripada garis kemiskinan dengan pendapatan bulanan melebihi RM700 berbanding sebelum ini sebanyak RM250 sebulan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment