My Add

Tuesday 10 June 2014

Kanak-kanak maut selepas latihan kompang

NIBONG TEBAL, ISNIN 09 Jun, 2014: Kegembiraan tiga beradik yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Parit Kasar, Sungai Acheh dekat sini, untuk menikmati makan tengah hari berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka yang berusia lima tahun maut kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Muhd. Aniq Mohd. Nor Azli yang duduk di dalam raga motosikal yang ditunggang abangnya, Nur Rahimi, 15, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal mereka melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di tepi jalan.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang bersama kakak mereka, Noramalina, 19, yang sebelum itu baru sahaja selesai menjalani latihan kompang di Dewan Perda yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafein Mamat berkata, setibanya di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki tiga beradik itu merempuh kereta berkenaan yang ditinggalkan pemiliknya yang ke kedai.

"Akibat rempuhan berkenaan, mereka yang tidak memakai topi keledar tercampak ke atas jalan dan Muhd. Aniq mengalami kecederaan parah manakala abang dan kakaknya hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Shafien, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment