My Add

Thursday 12 June 2014

Kedah kemuka cadangan bina lapangan terbang baharu
ALOR SETAR, KHAMIS 12 Jun , 2014:Kerajaan negeri sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, cadangan tersebut dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk diperhalusi.

Katanya, lokasi lapangan terbang tersebut terletak berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan bakal dibina di atas tanah seluas lebih 600 hektar.

''Perdana Menteri sudah dimaklumkan perkara ini. Pembinaan lapangan terbang ini langkah terbaik untuk merancakkan sektor industri di negeri termasuk negeri-negeri di zon Utara,'' katanya selepas merasmikan program peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu di sini hari ini.

Kedah kini mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment