My Add

Thursday 12 June 2014

Kemahiran: Peluang wakili negara ke WSC di Brazil

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Pemenang Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 18 Jun ini berpeluang mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) di Hanoi, Vietnam pada 19 hingga 29 Oktober ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, pertandingan membabitkan para pelajar vokasional berusia 20 tahun ke bawah yang mahir dalam bidang pembinaan itu merupakan kali ke-23 anjuran kementeriannya bagi melahirkan golongan pekerja yang berkemahiran tinggi.

"Sementara pemenang di Vietnam nanti pula akan diangkat bagi mewakili negara pada Pertandingan Kemahiran Sedunia (WSC) di Sao Paolo, Brazil pada Ogos 2015," katanya sewaktu merasmikan PKM di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment