My Add

Tuesday 10 June 2014

Keputusan bela diri 24 Julai

SHAH ALAM, ISNIN 09 Jun, 2014: Nasib empat bekas pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) yang menghadapi tuduhan membunuh pensyarah Bahasa Inggeris kolej tersebut, Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah, dua tahun lalu, sama ada dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan itu, akan diketahui pada 24 Julai ini.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Abdul Halim Aman menetapkan demikian hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin menutup kes pendakwaan setelah saksi pendakwaan ke-24, Pegawai Pencegah Maksiat, Judi dan Pelacuran (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mad Isa selesai memberi keterangan.

Hakim tersebut turut menetapkan 11 Julai ini untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.

Pihak pendakwaan menawarkan 50 saksi kepada pihak pembelaan, bagaimanapun peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang mengetuai pasukan pembelaan menyatakan, pihaknya akan menentukan kemudian saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan jika .

Pada 23 Mac 2012, empat bekas pelajar KTAC, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22; Mohamad Sharafe Matt Noh, 21; Azizi Aizat Ibrahim, 22; dan Muhamad Safwan Muhamad, 22; didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh dua beranak tersebut di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, dua tahun lalu.

Mereka didakwa membunuh Zara Eleena, 23, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac 2012 dan Omar Peter, 56, yang merupakan pesara syarikat kewangan antara pukul 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment