My Add

Tuesday 10 June 2014

Kerajaan tidak mengindoktrinasikan guru - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, SELASA 10 Jun, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada usaha khusus dilakukan untuk mengindoktrinasikan para guru supaya menjadi penyokong kerajaan semata-mata.

Beliau berkata, guru merupakan tenaga profesional berpendidikan tinggi yang faham mengenai tugas dan tanggungjawab bukan sahaja terhadap kerjaya mereka tetapi kepada sekolah dan negara.

``Maka sebab itu saya tidak fikir ada keperluan kita untuk meyakinkan para guru bahawa mereka ini harus memberi sokongan padu terhadap kerajaan.

``Mereka sebagai pegawai kerajaan biasanya bersikap setia kepada kerajaan pada hari ini. Itu yang biasa berlaku bukan sahaja dalam sektor pendidikan tetapi sektor perkhidmatan awam lain,'' katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zainudin Ismail (BN-Jelebu) berhubung dakwaan kononnya Kementerian Pendidikan mengindoktrinasikan guru supaya menjadi penyokong kerajaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment