My Add

Friday 6 June 2014

Kesemua 81 kem PLKN diarah naik taraf prasarana

SUNGAI SIPUT, JUMAAT 06 Jun, 2014: Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kesemua 81 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara diarah menaik taraf prasarana kem bersesuaian dengan garis panduan dalam jadual pematuhan 2014.

Beliau berkata, para pengusaha kem diberi tempoh sehingga pertengahan 2015 ini untuk melakukan kerja menaik taraf prasarana di kem masing-masing.

"Kerja menaik taraf perlu mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan untuk memastikan susun atur teknikal mengikut syarat yang telah ditetapkan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di PLKN Kem Terkok, Kampung Sungai Durian di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment