My Add

Wednesday, 11 June 2014

Kos cari MH370 belum ditentukan

 * GAMBAR fail menunjukkan tentera laut Australia yang terlibat dalam operasi mencari bangkai pesawat MH370.- AFP
SYDNEY, SELASA 10 Jun, 2014: Kerajaan Australia dan Malaysia bersedia untuk membincangkan fasa seterusnya untuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, kata pihak berkuasa di sini.

Setakat ini, Malaysia membelanjakan kos keseluruhan operasi mencari sebanyak satu persepuluh daripada AS$84 juta (RM269 juta).

Dalam pada itu, Australia dijangka memperluaskan pencarian pesawat itu yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing tiga bulan yang lalu.

"Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak AUD$89.9 juta (RM269.81 juta). Saya rasa kira-kira AUD$25 (RM75 juta) telah disalurkan kepada pasukan pertahanan yang mengendalikan pencarian secara visual," kata Ketua Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Angus Houston.

Sementara itu, tambahan sebanyak AUD$60 juta (RM180 juta) diperuntukkan untuk operasi pencarian dasar laut di Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai terhempas di kawasan carian Australia dan zon menyelamat.

"Wang berkenaan telah diperuntukkan tetapi kami masih mahu membuat keputusan atau masih mahu berbincang dengan beban perkongsian misalnya dengan Malaysia," katanya.

Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri dijangka berada di Canberra untuk berbincang dengan pegawai-pegawai Australia.

Beliau berkata kepada pemberita pada Isnin lalu, kos berkenaan akan dikongsi 50-50 antara Malaysia dan Australia.

Terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kepada Parlimen, kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM27.6 juta untuk minyak, peralatan makanan dan pencarian peribadi.

"Kos yang terpaksa ditanggung kerajaan Malaysia sebenarnya adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan aset-aset yang diberikan oleh negara lain.

"Saya amat berbangga kerana ramai rakan negara lain membantu serta menanggung perbelanjaan pencarian sendiri tanpa membuat sebarang tuntutan kepada Malaysia," kata Hishammuddin.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Ia membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal semasa hilang daripada radar. - AFP/KOSMO!

No comments:

Post a Comment