My Add

Saturday 7 June 2014

KPDNKK bersemuka pengilang minggu depan

KUALA LUMPUR, SABTU 07 Jun, 2014: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan bersemuka dengan pengilang dan pembekal barangan keperluan asas pada minggu depan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah itu bertujuan mendapatkan jaminan kukuh bahawa tidak akan berlaku sebarang permasalahan dan gangguan daripada sektor pengeluaran sehingga menyukarkan pengguna mendapatkan bekalan itu terutama menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Katanya, pada masa sama, pihaknya turut mengambil maklum balas dan mendengar segala masalah yang dihadapi pihak industri berhubung faktor kekurangan bekalan yang berlaku.

"Kementerian akan mengadakan mesyuarat dengan industri, persatuan, pembekal dan penternak serta pihak pengilang untuk mendengar sendiri masalah mereka bagaimana kekurangan bekalan itu berlaku.

"Kita tidak mahu ada pengilang mengurangkan pengeluaran dan peniaga menyorok bekalan kerana itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Ibu Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (Koopnita) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment