My Add

Friday 6 June 2014

Kuasa pentadbiran kepada sultan?

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS 05 Jun, 2014: Kerajaan negeri Johor dijadualkan membentang satu rang undangundang baharu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin depan yang akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Melalui Rang Undangundang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu, jika diluluskan, ia memberi kuasa kepada baginda untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang seterusnya terlibat dalam pembangunan hartanah di negeri itu.

Ia juga turut memperuntukkan enakmen yang akan membolehkan baginda mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu, menentukan jumlah elaun dan saraan mereka serta berhak melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

Ahli lembaga pengarah yang dilantik juga akan mengambil alih pengurusan pembangunan perumahan dan hartanah negeri itu.

Rang undangundang tersebut jika diluluskan akan menjadikan Johor sebagai negeri pertama memberi kuasa kepada sultan terlibat dalam pentadbiran kerajaan.

Bagaimanapun, cadangan membentangkan rang undang-undang berkenaan menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan hangat di negeri itu kerana dilihat boleh membuka peluang kepada pihak tertentu mengeksploitasikan institusi rajaraja.

Isu ini turut disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Beberapa pihak yang mengulas perkara itu berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan Johor bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang memperuntukkan secara perundangan peranan dan tanggungjawab tertentu kepada raja pemerintah.

Aktivis sosial, Khairul Anuar Ramli berharap, Sultan Johor akan membiarkan urusan tanah di negeri itu kekal di bawah seliaan kerajaan negeri dan baginda masih boleh memberikan pandangan serta nasihat sekiranya melihat sebarang kepincangan berlaku.

"Kami sebagai rakyat menjunjung kasih tuanku dan berdoa supaya baginda terus menjaga kemakmuran negeri Johor, namun memohon agar Sultan Ibrahim memberi peluang kepada kerajaan untuk menguruskan sendiri pentadbiran negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.

"Saya percaya jika diteruskan, pihak yang tidak mendapat keistimewaan itu akan menggunakan peluang yang ada untuk menokok tambah dan menghina istana dalam apa cara sekalipun," katanya.

Seorang lagi aktivis sosial, Anuar Shaari meminta kerajaan negeri menangguhkan pembentangan rang undangundang itu, sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat terlebih dahulu tentang kesan jika ia diluluskan.

"Rakyat perlu diberitahu kerana perkara ini tidak pernah berlaku dalam sistem demokrasi, rakyat perlu tahu apa yang sedang berlaku, justeru berikan penjelasan kepada kami secara terperinci.

"Namun, pandangan peribadi saya adalah tidak perlulah istana dilibatkan kerana kerajaan yang ada sudah cukup untuk mentadbir dan menguruskan perkaraperkara seperti ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment