My Add

Tuesday 10 June 2014

Lawatan Obama berjaya

 Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR, ISNIN 09 Jun, 2014: Lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara ini yang berakhir 28 April lalu merupakan satu lawatan yang berjaya, produktif dan membuahkan hasil positif.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, lawatan itu juga membuktikan Malaysia adalah sebua negara yang penting dan mempunyai peranan besar dalam menyumbang ke arah kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan di rantau ini.

Menurutnya, pada lawatan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju supaya hubungan dua hala kedua-dua negara dinaik taraf kepada kerjasama berprinsipkan rakan kongsi komprehensif.

"Langkah ini dapat menambah baik hubungan Malaysia dan AS secara menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek kerjasama.

"Aspek kerjasama itu termasuk bidang ekonomi dan perdagangan, sains dan teknologi, pertahanan serta hubungan rakyat kedua-dua negara," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Obama turut memuji program transformasi kerajaan yang membuahkan hasil dalam pertumbuhan ekonomi yang stabil.

"Perkara ini telah meningkatkan keyakinan para pelabur asing terutama dari AS untuk melabur ke Malaysia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment