My Add

Friday 6 June 2014

Lelaki serah dadah kepada pesalah dalam mahkamah

KLANG, JUMAAT 06 Jun, 2014: Polis menahan seorang lelaki yang menyerahkan satu bungkusan mengandungi 37 kapsul dadah disyaki ganja kepada seorang pesalah di dalam kamar Mahkamah Sesyen Klang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, ketika kejadian pada 11.30 pagi itu, suspek dilihat tiba-tiba menghampiri pesalah terbabit ketika dia diiring keluar oleh polis dari kamar mahkamah ke lokap sementara.

Katanya, suspek juga dilihat menyerahkan satu bungkusan beg plastik putih kepada pesalah itu dan tindakan mencurigakannya itu menyebabkan polis mahkamah terus merampas bungkusan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bungkusan tersebut mengandungi 37 ketulan berbentuk kapsul disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 160 gram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment