My Add

Wednesday, 4 June 2014

Lima hari di pawagam, Abang Long Fadil kutip lebih RM2 juta

KUALA LUMPUR, RABU 04 Jun, 2014: Filem genre aksi dan komedi, Abang Long Fadil berjaya mengutip jualan tiket melebihi RM2 juta selepas hari kelima ditayangkan walaupun diklasifikasikan sebagai 18PL.

Pengarahnya, Syafiq Yusof ketika dihubungi berkata, beliau amat gembira dengan berita tersebut dan percaya ada hikmah di sebalik kontroversi yang berlaku sebelum ini.

``Saya bersyukur dengan kutipan yang diperoleh menerusi filem ini walaupun pengklasifikasian yang dibuat oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) tersebut disifatkan tidak relevan dan melampau.

``Apa pun, saya berterima kasih kepada orang ramai yang senantiasa menyokong karya saya dan berjanji akan terus berbakti kepada industri dengan menghasilkan filem-filem berkualiti,'' katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment