My Add

Tuesday 10 June 2014

LKIM wujud jawatankuasa pemantau

 Irmohizam Ibrahim

KUALA LUMPUR, ISNIN 09 Jun, 2014: Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) mewujudkan jawatankuasa pemantauan penyelewengan diesel bagi membanteras jenayah tersebut yang turut berlaku dalam sektor perikanan di negara ini.

Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, jawatankuasa itu berperanan dalam membuat pemantauan dan pemeriksaan berterusan terhadap mana-mana aktiviti penangkapan ikan yang mencurigakan dan diyakini terlibat dalam jenayah penyelewengan diesel subsidi.

Jelasnya, LKIM tidak akan berkrompomi dengan mana-mana individu dalam sektor tersebut yang bekerjasama dengan pihak sindiket ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan di pesisir pantai dan laut dalam.

"Di bawah jawatankuasa itu, LKIM, dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memantau dengan teliti setiap pergerakan nelayan berdasarkan rekod yang diambil LKIM dari masa ke semasa.

"Semua maklumat yang direkodkan telah disalurkan kepada SPRM bagi tujuan semakan dan tindakan lanjut mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam mendedahkan isu ketirisan dan penyelewengan subsidi diesel yang berpunca daripada penglibatan pihak tidak bertanggungjawab di peringkat pengedaran yang menyalahgunakan bantuan bahan api tersebut bagi meraih keuntungan.

Ketirisan dikesan berlaku pada peringkat awal pengagihan kuota bekalan diesel bersubsidi itu sehingga kepada aktiviti penyeludupan di tengah-tengah lautan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment