My Add

Monday 9 June 2014

LPHJ : 8 fasal, 10 sub seksyen dipinda

NUSAJAYA, ISNIN 09 Jun, 2014: Rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini menyaksikan pindaan sebanyak lapan fasal membabitkan 10 sub seksyen.

Antara pindaan yang dilakukan adalah ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Raja dipinda kepada ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri.

Selain itu, segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja dipinda kepada segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.

Pindaan juga dibuat ke atas sub seksyen Raja boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan dipinda kepada pihak berkuasa negeri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan.

Beberapa pindaan yang dibuat ke atas LPHJ itu dibacakan oleh Pengerusi Jawatankusa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi dalam sidang DUN di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment