My Add

Friday 6 June 2014

Malaysia menarik kepada pelabur Hong Kong

KUALA LUMPUR, KHAMIS 05 Jun, 2014: Kestabilan politik, tadbir urus dan ketelusan serta infrastruktur bertaraf dunia yang dimiliki Malaysia merupakan antara beberapa faktor pelabur Hong Kong perlu melabur di negara ini, dan menjadikannya sebagai gerbang ke ASEAN.

"Kami berharap keduadua pihak akan meningkatkan hubungan memandangkan keduaduanya mempunyai daya saing berbeza," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hong Kong berjaya dalam bidang seperti antirasuah dan kewangan Islam manakala Malaysia berada di barisan hadapan dalam infrastruktur menerusi pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan terminal tambang rendah terbesar dunia yang baharu, klia2, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada Forum Kerjasama Serantau Hong KongASEAN, di sini hari ini.

Mustapa berkata, Malaysia akan terus meningkatkan usahanya untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan asing seperti dari Hong Kong.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, Tan Sri Dr. Michael Yeoh berkata, Hong Kong perlu meneroka potensi ASEAN memandangkan kirakira 80 peratus daripada sasaran yang ditetapkan dalam Majlis Ekonomi ASEAN (AEC), sudah tercapai.

AEC yang dijangka terbentuk menjelang akhir 2015, akan membantu mengubah ASEAN menjadi pasaran tunggal bagi 600 juta penduduk selain sebagai tapak pengeluaran dengan aliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan dan tenaga kerja mahir.

"ASEAN menawarkan banyak peluang dalam sektor seperti minyak dan gas, pembuatan dengan kos yang rendah, pertanian dan komoditi, serta hotel dan pembangunan hartanah," kata Yeoh, anggota panel pada forum itu.

Sebaliknya, Hong Kong boleh membantu syarikat ASEAN untuk menjalankan perniagaan di bandar pelabuhan itu, selari dengan status sebagai pusat kewangan terkemuka, katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment