My Add

Wednesday 11 June 2014

Malaysia serah jawatan Pengerusi AMRI kepada Myanmar

KUALA LUMPUR, RABU 11 Jun, 2014: Malaysia akan menyerahkan jawatan pengerusi Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab bagi Maklumat

(AMRI) kepada Myanmar dalam mesyuaratnya yang ke-12 esok.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata beliau akan mewakili negara dalam mesyuarat itu yang diadakan di Naypyidaw.

"Saya akan menyerahkan jawatan pengerusi yang dipegang oleh Malaysia dalam AMRI ke-11 iaitu sejak 2012 hingga 2014 kepada Myanmar", katanya kepada pemberita di sini hari ini.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment