My Add

Monday 16 June 2014

Malaysia teroka industri minyak, gas bernilai RM3.3 trilion di Kanada

Oleh Zulhisham Isahak

 * HAMIM Samuri (tiga dari kiri) meninjau jualan peniaga yang menyertai Program Karnival Rakyat Ledang 2014 di Pulau Penarik,Sungai Mati dekat Ledang, Johor, semalam. - UTUSAN/Ishak Rahmad
LEDANG, AHAD 15 Jun, 2014: Malaysia bakal meneroka industri minyak dan gas di Vancouver, Kanada menerusi projek mega bernilai hampir RM3.3 trilion yang dijadual bermula tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri memberitahu, sebagai permulaan Petronas telahpun mendapat surat persetujuan dari negara itu untuk projek bernilai RM115.5 bilion.

"Petronas sedang melakukan bidaan dengan kongomerat antarabangsa lain bagi beberapa projek lagi di bahagian baratnegara itu. Peluang Malaysia adalah cerah setelah mendapat projek bernilai RM115.5 bilion itu yang merupakan perintisnya.

"Petronas diberi kepercayaan berdasarkan kejayaan dan rekod cemerlang di peringkat antarabangsa dalam industri tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Karnival Rakyat Ledang 2014 di Pulau Penarik, Sungai Mati, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, perkara itu dipersetujui semasa beliau mewakili Malaysia dalam lawatan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke negara itu pada 1 hingga 8 Jun lalu dan Kanada memuji serta menaruh keyakinan tinggi terhadap keupayaan Petronas.

Menurutnya, kejayaan itu bersifat serampang dua mata kerana turut melonjakkan nama Malaysia di persada dunia dan mempromosikan industri pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment