My Add

Friday 6 June 2014

Manfaatkan sebaik mungkin peluang kedua lanjut pengajian di UiTM

 * SAHOL Hamid Abu Bakar (depan, enam dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (enam dari kiri) bersama sebahagian daripada 500 pelajar dalam perjumpaan khas rayuan kemasukan ke UITM di SMK Tanah Merah 1 , Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID
TANAH MERAH, KHAMIS 05 Jun, 2014: Lepasan sekolah bumiputera yang tercicir dan diberi peluang kedua untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu memanfaatkannya sebaik mungkin demi masa depan terutama untuk mengubah nasib keluarga.

Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, sebagai institusi pengajian tinggi yang menjaga kepentingan bumiputera, UiTM komited mencari jalan membantu lebih ramai golongan itu melanjutkan pelajaran.

Malah, katanya, UiTM termasuk beliau sendiri tidak pernah jemu menjelajah ke segenap pelosok negara saban tahun untuk mengesan serta membantu anak bangsa di luar bandar yang tercicir menerusi pelbagai program termasuk Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

"Anakanak yang tercicir terutama daripada keluarga berpendapatan rendah tidak cemerlang bukan kerana mereka tidak pandai. Mungkin sebab persekitaran dan tidak ada kemampuan berbanding orang berada. Sebab itu kita mahu bantu mereka ini mengubah nasib diri dan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perjumpaan Khas Rayuan Kemasukan Ke UiTM Anak Warga Tanah Merah Bersama Naib Canselor UiTM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah (1) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz; Rektor UiTM Kelantan, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman; Pengarah MDAB, Prof. Madya Mohd. Hanafiah Harun serta Ketua Bahagian Pengambilan UiTM, Nizam Nordin.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha serta Ketua Wanita UMNO Bahagian, Dayang Saniah Awang Hamid.

Program bertujuan memberi peluang kepada belia yang gagal mendapat tempat di UiTM mengemukakan rayuan terus kepada Sahol Hamid itu mendapat sambutan menggalakkan apabila dikunjungi lebih 500 lepasan sekolah.

Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, beliau amat menghargai kesudian Sahol Hamid meluangkan masa bertemu serta mempertimbang rayuan anak warga Tanah Merah yang memasang impian melanjutkan pengajian ke UiTM.

"Program ini merupakan anjuran bersama UMNO Bahagian Tanah Merah, Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah, khusus bagi mereka yang gagal ke universiti kerana hari ini merupakan tarikh akhir untuk membuat rayuan.

"Kepada yang masih gagal mendapat tempat, saya selaku pemimpin di Tanah Merah akan berusaha membantu mereka melanjutkan pelajaran di institut kemahiran, kolej dan politeknik. Asalkan mereka ada keinginan untuk belajar, kita akan bantu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment